Sunday, December 23, 2007

Wajah-wajah hujung tahun 2007





Penghujung tahun 2007

Tiada apa yang istimewa hujung tahun ni..
Kebanyaknnya cerita staf PSIS yang nak pindah.
Ramai juga yang berpindah termasuk Pengarah En. Tajuddin Bin Abdul Rashid.
Macam2 perasaan ada pada ketika ini, yelah walaupun tak berapa rapat dengan dia
tapi aku baik dengan isterinya Pn. Norani, almaklum Pengerusi PUSPANITA PSIS.
Lepas ni pasti aku akan merindui sandwich dan laksa Johor yang puan buat.
Maknanya kalau nak merasa semua tu kena ziarah mereka kat Putrajaya le..
Selai pengarah, ramai pensyarah berpindah. Dalam masa yang sama ada juga beberapa
orang baru yang datang ke PSIS. Selamat datang diucapkan.Semoga korang bekerja dengan
penuh dedikasi di sini. Satu lagi.. aku pun bakal dapat kawan baru pengganti Kak Iza.
Namanya pun ada Iza jugak. Bagus lah tu, cuma dia akan mula bertugas awal tahun depan.


Bila dikenang, sepanjang tahun 2007 ni ada beberapa perkara yang menjadi kenangan,
dengan perkahwinan sahabat2 terdekat, sahabat2 menimang cahaya mata pertama,
penantian ku untuk membeli kereta tercapai (lepasni kena lebih berjimat..nak bayar duit keta)
tak lupa juga peristiwa pahit yang menyakitkan. Aku kalau boleh nak lupakan aje peristiwa tu.


Semoga kehadiran 2008 akan membawa 1001 lebih pengertian,kebahagiaan dan semoga cita2
dan harapan aku akan tercapai tahun 2008 nanti.

Selamat tinggal 2007 dan selamat datang 2008

Tuesday, November 27, 2007

Kereta ku... VIVA 850 - BJS 6178

Syukur kehadrat Allah kerana rezeki dariNya aku dapat beli kereta ni. Sekadar pelindung dari hujan dan panas dan memudahkan urusan keluarga... Setelah sekian lama menanti dan mengidam nak beli kereta dan setelah sekian lama berusaha,akhirnya dapat gak. Alhamdulillah...Walaupun bukan kereta mewah tapi bagi aku dah cukup mewah dah ni...Down payment kereta ni aku amik dari duit KWSP yang aku keluarkan masa amik skim pencen hari tu.Hehehe.... tu jelah harapan aku nak wat down payment. Nak harap simpanan lain...tak banyak pun.


Frist drive with my car




Ceritera x-oficemate Seginiaga Rubber Ind.

Pertemuan semula rakan2 lama Seginiaga membuatkan aku terlalu exited nak jumpa diorang. Almaklum aku dah dekat 4 tahun tinggalkan kilang tu. Orang pertama aku jumpa dah tentu la Kak Julina bos yang suka marah2 aku bila aku lambat buat kerja.Lepastu aku jumpa geng ofis R&D dan Maintenance. Huhu... dulu aku memang ngam dengan diorang & masa sampai tu aku lepak dengan diorang dulu baru jumpa kawan2 lain.hehehe... jangan marah ye.
Dah lewat petang barulah orang yang dinanti sampai, siapa lagi kalau bukan Kak Ecah & family. Hampeh tul aku yang jauh ni sampai awal dia oang second last datang.Mujur ada alasan kukuh kenapa lambat kalau tak aku balik dah. (Jangan marah ye Kak Chah)
Biar apa pun aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada penganjur yang jemput aku & dikatakan aku ni tetamu khas dari jauh. Memang lah jauh Sabak Bernam ke Kuala Selangor bukan dekat tau... 1 1/2 jam baru sampai.Kebas seluruh anggota tau naik motor...



Ni kisah lain... macam tak percaya je tapi inilah dinamakn JODOH PERTEMUAN DI TANGAN ALLAH.Akhirnya mereka bertemu jodoh dan selamat di ijab kabulkan. Tarikh persandingan 25 November 2007. Masliza & Faizal bagai pinang dibelah dua duduk sama cantik sama padan di atas pelamin. Sebenarnya masa ni adik Kak Mas pun bersanding si Hakimi, tapi tak sempat ambil pic diorang coz masa aku sampai turn dia bersanding dah lepas dan turn Kak Mas bersanding je sempat tengok. Apa2 pun buat pasangan pengantin, semoga kekal dan berbahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.

Nurin Aishah dah 6 bulan













Gelagat si kecil yang mencuit hati. Ada kalanya mama Nurin sampai hilang sabar melihat gelagatnya yang manja dan nakal.Biarpun nakal nurin tetap comel...macam...auntie..kehkehkeh.. tak le macam mama dia jugak.
Sekarang Nurin dah pandai kejar mama dan auntie kalau dia kat dalam walker.Kadang2 tak terkejar bila dia dah mula bergerak.

Teringat suasana masa buat open house haritu...












Dalam kesibukan kerja pada bulan Syawal, Lin sempat buat open hause kat kampung. Jemput rakan2 admin dan kenalan mana yang dekat2 dengan rumah. Orang pertama sampai Abg Azrai & family dan yang last balik Kak Iza & family, almaklum... orang jauh.

Thanks for coming to all my friends.





Kita bertemu lagi...

Sepanjang bulan Syawal yang lalu suasana hari raya tak berapa meriah sangat. Kena pulak bila dah masuk kerja banyak perkara yang hendak dilaksanakan.

Dengan persiapan hari Konvokesyen Ke 2 PSIS, Audit MS ISO 9001:2000,kerja hakiki dan sampingan. Banyak yang perlu diselesaikan.

Untuk hari konvo dan audit je kami staf UPS kerja siang malam sebab tak nak ada masalah bila tiba harinya. Akhirnya ... Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar.Konvo berjaya, Audit pun berjaya LULUS bersyarat dengan 5 NCR.Harap2 bila di audit semula nanti dah takde NCR lagi.
Bila semua ni dah selesai barulah raa lega sikit dan boleh berehat dan balik on time.Lega rasanya.

Monday, October 15, 2007

Aidilfitri 1428 Hijrah / 2007 - my home Parit 4 Sh.Hj. Dorani

Ini masa budak2 dan ayah budak main mercun... tak tau la dorg kat mana.. gelap

Wajah2 keletihan selepas bergembira main mercun dan bunga api... layan tv


Wajah2 keletihan... cik Wah tu macam nak tidur je... releks le baru pukul 9.00 mlm


Tetamu yang dinanti setiap tahun. my best friend masa kat poly, Awie & Rizal. Bertandang kat rumah Lin raya ke tiga.


Senyum ada makna tu... heheheh... Awie, jgn marah ye. (ni candid camera). Thanks sudi datang beraya bawak kawan2 & tak miss walau setahun pun sejak kita berkawan (sebenarnya ada kala kena paksa datang)

Kepada semua tetamu, saudara mara dan sahabat handai yang sudi datang beraya kat rumag Lin tahun ni, Lin ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Kalau sudi datang lagi, tak yah tunggu raya pun kalau nak datang boleh sangat....

Wednesday, October 10, 2007

Gambar Kenangan

Ini classmate Lin masa tingkatan 1 ~3 kelas Anggerik tahun 1993 ~1996

Ini pulak classmate Lin masa tingkatan 4~5 tahun 1997~1998

Kenangan masa kursus kat Wang Pinang Perlis. Terpilih mewakili sekolah bagi Daerah Sabak Bernam. Yang pakai baju sekolah tu geng2 yang jadi wakil sekolah. Nama2 yang ada tu dah lupa cuma yang ingat Hasmer, Hakim,Awie, Wani, Cikgu Azman,King,Pak Selamat,Eddy,Lin dan Faizal. Kepada yang namanya tak tertera... maaf sangat sebab dah lupa nama you all.

Ini pula kenangan masa last semester kelas SMP 2000~2002. Gambar ni diambil kat depan kilang KJM,Nilai Negeri Selmbilan (kilang buat tin untuk air minuman) bersama-sama pensyarah kami En. Redza, En. Arman dan Cik Haslina (sekarang dah jadi Puan). Memang best masa ni.. yelah selama ni tau minum air tin je tak tau macam mana tin ti dibuat. Sekrang dah tau dah... Rindu la kat semua classmate, bila la agaknya dapat bertemu kembali. Harap2 satu hari nanti akan ada alumni / reunion utk kelas SMP 2000~2002.

Suasana di rumah sebelum raya...



Suasana sebelum menjelang raya... ini semua Lin punya idea, tapi abah yang buat terutama pasang pelita kat depan rumah. Lampu liplap tu Lin pasang sendiri sebab tak sabar nak tunggu abah pasangkan. (nampak serabut hehehehe...)


Menjelang Hari Raya...Aku berlagu ria...

Sedar tak sedar dah nak habis Ramadhan... rasa macam sekejap sangat bulan mulia ini. Dalam kesibukan kerja yang melambak...sampai tahap dah malas nak buat. Ada tak de sempat keluar beli barang2 persiapan nak raya. Duit keluar macam tuang air dalam longkang... laju je. Tunggu lepas raya baru sambung kerja sebab sekarang ni mood raya sedang bermain-main dihati dan minda. Huhuhuhu... Lagi2 harini... sunyi sangat ofisni. Mana taknya, Azmi, Dex's, En.Yuzha dah selamat sampai kampung. Yang tinggal Azrai, Abg Amin, Suhaimi, Megat, Saiful, En.Saaid dan Lin. Hari ni Lin last kerja, esok dah mula cuti. Tapi yelah... cuti awal masuk kerja awal. Apa nak buat kalau dah namanya orang tempatan lepastu bujang pulak. Dah tentu jadi mangsa.. tak pe,IsayaAllah dan berumah tangga nanti dapatlah bercuti lama kot. Aminn... Dalam kemeriahan menyediakan keperluan hari raya, ada ketika terkenangkan pada yang tiada. Teringat pada arwah atuk dan nenek yang dah lama meninggalkan kami... Walaupun dah lama... tetap terasa kekurangannya. Dulu.. masa mereka masih hidup, petang hari raya pertama dah sampai rumah mereka. Nak duit raya sebenarnya... Bila dikenangkan masa kecik2 dulu...bestnya.... macam nak kembali ke alam kanak2 semula. Main bunga api, mercun, pasang lampu pelita.. seronok.. Sekarang pun ada buat gak tapi perasaannya lain... tak sama.

Wednesday, October 3, 2007

Minggu yang melelahkan

Minggu ni minggu yang membuatkan Lin betul2 penat. Balik rumah je kalau boleh nak terus baring dan tido. Tapi tak boleh... kena masak gak walaupun hanya telur goreng dan sardin.
Keja yang melambak... kalau takde keja wat pe keja kan. Keja yang bertali arus,siap satu datang dua. Kena pulak sekarang ni sibuk dengan preparation nak sambut hari Konvokesyen ke2 PSIS dan audi SIRIM.Pening kepala jadinya. Tu belum lagi keja2 hakiki. Alahai.. sabar ajelah.

Minggu lepas Azie balik kampung,dah tak sabar nak berpuasa dengan family kat sini. Almaklum, masakan kat Dungun tak sama dengan air tangan mak. Apa pun dia tetap selera gak makan kat sana. Mak pulak bila Azie balik macam2 makanan special dia masak. Hmmm... kadang2 rasa cemburu gak bila adik belajar jauh2 ni dan bila balik kampung je mak masak sedap2. Time Lin dulu tak pulak macam tu, tapi yelahkan mungkin keadaan masa tu tak sama dengan sekarang. Maknanya Azie lebih bernasib baik. Apa pun Lin tetap bersyukur...

Minggu ni banyak berbuka puasa kat luar jadi duit pun banyak keluar...
Persediaan raya, Lin buat alakadar je, biskut raya beli je nak buat dah tak de masa. Kalau ada pun mungkin kek dan sedikit kuih tradisional.

Apa2 pun, di sini Lin ingin mengambil kesemapatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA yang sudi singgah ke blog ini. Kalau sudi jemput datang beraya ke rumah tapi kena call dulu lah. Lin mula kerja hari raya ke empat. Salam Aidilfitri....

Tuesday, September 25, 2007

Imbauan sempena menyambut Bulan Kemerdekaan Ke 50 yang lalu








Ini adalah antara kenangan yang terindah sepanjang persediaan menyambut bulan kemerdekaan kat PSIS. Semua orang yang terlibat sibuk terutamanya orang2 Library penaja pameran.

Ramadhan yang indah

Ramadhan kali ni disambut dengan meriah sekali. Alhamdulillah... Ramadhan kalini hampir setiap hari dapat membaca Al-Qur'an.Hm... ada perubahan dari tahun2 yang lalu.
Berkenaan dengan juadah berbuka... Lin & Kak Wan rajin masak, ada saja menu yang jadi. Bersahur pula makan lauk yang sama masa berbuka. Tak larat nak masak dah pagi2 subuh yang hening tu. Tapi kalau kat kampung,dah tentu mak yang masak. Lauk berbuka dan sahur berbeza. Best betul bila balik kampung.

Ramadhan kali ni juga ada sedihnya dengan penghijrahan Hajar member Library ke Putrajaya. Ikut suami berpindah ke sana. Perpisahan diakhiri dengan titisan air mata yang berlinangan.Walaupun Lin tak menangis (control ayu coz kalau nangis muka huduh...) hati Lin sayu sebenarnya. Tak macam masa Kak Iza pindah haritu... Lin cukup tabah menghadapinya.

Semalam,Lin tumpang berbuka puasa kat rumah Kak Kamisah. Kak Wan berbuka kat luar,Nurin tingal kat rumah neneknya. Best gak tumpang berbuka kat rumah orang ni. Tapi tak leh wat selalu... takut orang jemu.

Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Al-Mubarak 1428Hijrah

Salam Ramadhan buat semua dan Selamat Berpuasa. Sedar atau tak kita dah sampai di bulan yang penuh keberkatan ni. Kalau boleh bulan ni nak beramal lebih, tapi yelah mengikut kemampuan. Sahur utk kali pertama hari ni Lin bersahur sorang2 je. Kak Wan sahur awal dari Lin... hehehe time tu Lin masih nyenyak dibuai mimpi. Takpelah dah biasa sahur sorang2, rasanya sejak 2003 lagi. Bila bangun je tengok kat handphone ada miss call dari Azie, konon nak bagunkan Lin le tu. Pastu Lin pun balas miss call dia. Malam sebelum tidur, member yang dok kat Parit 7 minta jagakan dia sahur,mujur ingat kalau tak ada yang miss sahur tadi.

Sahur Lin harini makan ikan kembung masak kicap n sambal goreng... sebenarnya Kak Wan yang masak, Lin tukang balun je. Mulanya nak masak, tapi Kak Wan dah masak dulu, so tumpang sekaki la.. hehehe...

Lin tak sempat nak update blog ni atas sebab kesibukan yang melanda di ofis. Sejak Kak Iza takde,agak haru biru skit,maklumlah belum biasa lagi ditinggalkan sorang2. Akak !!!! banyaknya nak update fail n barang2 opis. Penin...


Apa2 pu kita kena happy...!!! Selamat Berpuasa.

Tuesday, September 4, 2007

Kursus bersama BOMBA Sabak Bernam (28 Ogos 2007)

Memperkenalkan inilah dia tempat dimana tersimpannya punca air bawah tanah



Buka dengan penuh berhati-hati supaya tidak mencederakan mana-mana pihak



Lihat ye murid-murid,air ini penuh dengan karat. Nampak sangat tak pernah test power kat pili bomba ni


Apalah yang disembangkan Dex's tu dengan Kak Iza dan Azmi. Beria-ia je,eh! Amik perhatian,nanti kena soal tak dapat jawab kang


'Eee... ngeri I' ujar Azmi. Comel le Kak Iza muka wat macam tu. Aini tu tengok apa?


Heheheh... nak wat jahat boleh ni....tulah dia ayat Kak Iza dalam hati.


En. Sabri memberi penerangan dengan penuh bersemangat. Adam dan Ustaz tu faham ke apa yang disampaikan.Lain macam je muka tu


Ok ye, pastikan kunci pada peti hose ini masih dalam keadaan baik dan tidak berkarat ye. Apa yang di intai tu?? Ada cicak ke?


Rasa-rasa lah kan... apa yang Kak Iza dan Adam tu pandang?? Jawapannya pandang masa hadapan. Hahahahaha... jangan marah ye.



Langit tidak selalunya cerah. Walaupun mendung kami tetap memberi perhatian pada apa yang disampaikan.




Pesanan,keterangan dan tunjuk ajar En.Sabri dihayati sepenuhnya oleh para peserta.


Sila lihat ye... masih dalam plastik dan kotak barang-barang ni.
Cara2 memegang hose yang betul (menjinjing)


Kepit je kat ketiak senang... (baik2 jangan bau ashemm...)

Teknik memikul ( org yang sakit leher jangan buat)

Teknik membuka hose


Khusuk si Dex's & Adam mendengar taklimat


Rasa2 lah kan... apa yang Yahya tu fikirkan... (???)


Taklimat & penerangan tentang alat pemadam api oleh En. Sabri


Teknik menyelamat (Pak Ya ni orang kuat dari Sarawak)


Biar betul Azmi ni.. Tu bukan teknik menyelamat,tu main2 namanya.

Teknik menyelamat kalau mangsa mempunyai berat yang melebihi penyelamat


Huhuhu... mesti seronok kalau jadi macam ni... ada org tolong angkat


Cina buta menyelamatkan diri dalam gelap

Rerasa... ado tak yang sosat dalam bilik ni??? Jwpnnya ada.

Geng lelaki plak wat sesi menyelamatkan diri dalam gelap.

Huhuhu..... memang syok lah..!!!