Syukur kehadrat Illahi atas kurniaNya dan berkat dariNya,urusan pertama selesai.Aku selamat ditunangkan dengan Sahrin Bin Amir Hussin pada 29.06.2008 . Segalanya berjalan dengan lancar deperti yang dirancang.
Cumanya,agak sedikit kelam kabut semasa nak bersiap. Mana taknya, aku bersiap2 nak bersolek jam 10.30 pg. Jam 11.30 abg dah call bagi tau dah on the way sedangkan masa tu aku masih terbaring sebab solekan belum siap.Kelam kabut jadinya,pakai mana yang patut je.
Siap je terus berlari ambil gambar sekeping dua bersama hantaran.Tengah dok possing, rombongan dah sampai tepat jam 12 tengah hari.Berlai-lari anak aku turun kebawah sebab tak nak le ahli rombongan nampak aku sedang bergambar.Malu...
Tak sampai 10 minit kemudian aku dipanggil untuk acara menyarungkan cincin.Skali lagi aku naik atas dan alamak...takutnya,ramai yg datang.Hati mula berdebar2,cover line dgn senyuman namun debaran makin terasa.Selesai bersalaman, tak lama lepastu ibu abg dtg mendekati aku dan bermulalah urusan menyarungkan cincin dimulakan dengan cincin merisik dan kemudian disusuli cincin pertunagan.Dengan restu seluruh ahli keluarga aku selamat menjadi tunangan Sahrin Bin Amir Hussin.Alhamdulillah....
Semoga ikatan pertunangan ini akan disambung pula dengan ikatan pernikahan pada tahun depan, InsyaAllah.
Kepada kawan2 yang sudi hadir, terima kasih banyak2 maaf sebab tak dapat nak beri layanan yang baik.Dan kepada yang memberi ucapan tahniah kepada aku,terima kasih banyak2.Doakan semoga hubungan yang kami bina ini akan berkekalan sampai akhir hayat.Aminnn...