Thursday, January 24, 2008

Permainan baru Nurin Aishah - penapis sayur

Nurin Aishah... sekarang dah makin aktif dan kadang kala Auntie pun kalah bila dia mengejar. Esok 26.01.2008 genap 8 bulan, sedar dan tak dia semakin membesar dijaga oleh mama dan aunti (aunti jaga time mama mandi je)
Nurin ada alat permainan kesukaan baru, iaitu penapis sayur warna merah. Semua ni gara-gara aunti,kononnya dapur nak nampak kemas jadi dia letak la rak pinggan mangkuk (plastik) kat atas para. Dapat dek Nurin dia jadikan mainan dia. Takpelah nurin tu ada ciri2 nak jadi chef gak bila besar nanti.








Lepak-lepak kat Library PSIS

Akibat terlalu bosan kat ofis aku menyempat lepak kat Library sambil main game dengan diorang. Masa ni waktu rehat, sementara nak nak tunggu masuk waktu Zohor.



Comel tak Kak Ida???

Wajah tak orang tak bersalah main game.. hehehe...

Mandi manda Lata Kinjang

Sempena cuti umum yang lepas aku, Aini. Kak Ayu & E'en tak lepaskan peluang gi cuti2 Malaysia. Sekadar mencuci mata dan rehatkan fikiran... Kami gi Tapah dan mandi manda di Lata Kinjang. Walaupun aku kena serangan Charlie (kayap) kat pipi (kesian pipi kanan ku merah2 dan pedih2), aku nekad nak gi gak, dah lama sangat tak gi sana. On the way, kami terserempak dengan kumpulan kaum india yang sedang menyambut perayaan Thaipusam. Jalan sesak gak la... tapi Alhamdulillah kami sampai kedestinasi dengan selamatnya pergi dan balik...















Sawah abahku dah dituai...

Tanggal 20 Januari lalu,tengah aku mengira-ngira nak cuci kereta ke tak jiran selang dua buah rumah padinya dah dituai. Mak mula sibuk tanya abah bila nak mesin padi sebab mesinnya dah dekat dengan rumah. Abah pulak buat releks je... macam tak nak je. Lepas je siap kerja aku, mesin padi tu datang kerumah. Hm... bertuah betul abah, nak buat suprise pun jangan la time aku nak balik poli. Sabar ajelah..
Sebagai tatapan, aku abadikan gambar-gambar ini sebelum aku balik poli. Huhuhu... balik hari Jumaat ni mesti aku dapat habuan duit padi.yahooo..!!!








Wednesday, January 16, 2008

Gelagat Nurin Aishah di satu malam yang sunyi...

Lama Mama Nurin cuti, dekat sebulan dan dekat sebulan lah Auntie tak jumpa Nurin. Balik je PSIS, Nurin dah banyak perubahan dah semakin aktif. Bulan ni genaplah Nurin 8 bulan dan mempunyai 4 batang gigi. Pok amai-amai belalang kupu-kupu, Nurin makin pandai Auntie suka... hahahaha...









Jalan-jalan Bagan Datoh, Perak

Awal Januari 2008 aku sekeluarga dapat undangan majlis perkahwinan adik ipar sepupuku. Oleh demikian kami menyempat ke Jeti Bagan Datoh tengok orang memancing dan pada masa yang sama mengirup udara yang nyaman di sana dengan tiupan angin yang mendamaikan. Best gak lepak2 kat situ rupanya. Pak Andak siap kata menyesal tak bawak pancing. Mana taknya geram tegok orang yang memancing tu ayik dapat ikan je walaupun saiz ikan tak besar. Kata azrai hasil dan saiz ikan tu tak kisah yang penting hobi. Di sini aku abadikan sedikit kenangan semasa di sana. Sayang abah tak ikut sebab dia tak sihat hari tu jadi dia dok rumah je...






Cerita di Bukit Melawati Kuala Selangor

Semua ini aku abadikan sebagai kenangan...
Sebenarnya plan nak pergi Bukit Melawati ni bukanlah dirancang awal... semuanya secara sepontan. Aku ajak Aini dan Kak Ayu, pada asalnya nak belajar bawak kereta gi Kuala Selangor je, almaklum aku belum mahir sangat memandu. Dalam masa yang sama sepanjang perjalanan ke Kuala Selangor aku berdoa agar kereta api yang bawa pelawat untuk naik ke bukit tu ada la.. sebabnya aku takut tak ternaik kalau aku yang drive. Heheheh...
Bila dah naik ke atas bukit.. kami tak dapat naik ke tempat orang melihat anak bulan sebab tempat tu dah dipagar cantik.Cuma para kera,monyet dan lotong je yang dapat gi tempat tu... Kesian Aini dan Ka Ayu tak dapat tengok keindahan panorama kalau dok atas tu... memang cantik tau tengok muara sungai dan kawasan sekitarnya. Walau macam mana pun aku ubati kesedihan mereka dengan membawa mereka melawat Muzium Kuala Selangor. (sesiapa yang pernah tengok rancangan 3 hari 2 malam TV9 pasti tahu)

Aku kat tempat dulang dan alatan yang digunakan pada zaman kesultanan dulu

Aini dan Kak Ayu di hadapan senjata perang dizaman Jepun

Ini kenderaan yang digunakan oleh askar Jepun semasa menyerang Malaya


Pistol zaman dolu-dolu antik


Ni masa tengah tunggu keretapi takde dinding nak jalan... Pemandunya tengah tunggu penumpang lain naik.


Wajah2 keseronokan sebab dapat naik kereta api tak berdinding. 'Free air'

Tak lepaskan peluang bergambar dihadapan meriam yang dahulunya digunakan untuk berperang (tembak lanun)

Background rumah api. (jaga2 kera kat belakang tu...)

Aku pun nak bergambar dengan meriam tapi gambar meriam je yang aku dapat. Ni salah satu seksyen yang terdapat di dalam muzium tersebut.

Kepada mereka yang singgah di blog ni, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Bukit Melawati Kuala Selangor, anda pasti terhibur dengan keletah monyet,kera dan lotang serta membawa 1001 ilmu tentang sejarah Kuala Selangor... Welcome to Kuala Selangor!



Salam 2008

Assalamualaikum...

Sudah berbelas hari tahun 2007 melabuhkan tirai, aku sendiri masih lagi terasa-rasa berada di tahun 2007. Mana taknya bila tulis tarikh mesti tang tahun tu aku tulis 2007, apalah nak jadi..
2007 banyak meninggalkan kesan kepada aku... pengalaman pahit, manis, masam dan masin. Semua adalah kiranya. Oleh demikian pada 2008 ini aku berharap agar apa yang aku hajatkan tercapai hendaknya InsyaAllah..

Dalam masa yang sama, sedar atau tak 1428 Hijrah sudahpun berlalu dan meniti 1429 Hijah... amalan dan sedekah jariah yang aku buat pun aku tak tau lah macam mana... harap2 semuanya di terima ALLAH S.W.T. Takut juga sebab semua tu saham diakhirat kelak. Doa aku tahun ini semoga aku bertemu jodoh dan melakukan sesuatu dengan lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga aku dan keluargaku dipanjangkan umur,sihat walafiat,dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati ALLAH. Aminnnn...