Thursday, June 26, 2008

Azrai lagi...


Perangai Azrai makin menjadi...(jgn marah ye A.Azrai)
Skaf tu aku belikan untuk Fatihah,skali ayah dia yg try dulu daa...

Tuesday, June 24, 2008

Selamat Hari Lahir

23 Jun 2008, birthday aku yang ke 27. Alamak dah semakin tua rupanya. Walau bagaimana pun tahun ni disambut dgn penuh makna lebih2 lagi dah ada insan istimewa disisi.
Terima kasih kpd insan tersayang Abah, Mak, Azie dan istimewa Sahrin Amir Hussin. Mereka adalah org terawal yang wish kat aku.
Kepada rakan2 yang lain, terima kasih atas ingatan korang kat aku.InsyaAllah doa korang tahun ni akan tertunai.


Hadiah dari abg

Hadiah dari Liza, Azmi dan Syahril.

Kepada yang memberikan hadiah, terima kasih yang tak terhingga.

Wednesday, June 18, 2008

Haritu... Kat D'Muara Dorani






Masa ni Azie balik cuti sempena Keputeraan Yang Di Pertuan Agong,
kami ambil peluang dengan melepak2 kat D'Muara Dorani.
Sebenarnya banyak pic yang kami ambil tapi segan nak masukkan dalam blog ni.

Cuti Semester, kurang sibuk dengan kerja

Bila cuti semster bermula, kami barulah dapat rehat banyak sikit.
Boleh la menenangkan otak yang serabut.
Dalam ketenangan ini, aku agak gusar juga... Hari yang dinanti makin tiba.
Debaran makin terasa... Walaupun cuma bertunang, aku tetap bimbang.
Yelah... nak jadi tunangan orang lepas ni.Banyak benda yang kena dikawal
terutama berat dan saiz badan.Huhuhu... berjayakah aku melakukannya???
InsyaAllah... usaha tangga kejayaan.
Tapi tak berani nak kata takut tak menjadi.
Selain itu,nak jadi nakal macam dulu dah tak boleh le. Then, sifat garang ni
kena la diubah sedikit.Mudah naik angin bila ada ada silap sikit.Tapi Ahlamdulillah
tak macam dulu.Kalau dulu, pantang kena cuit sikit dah marah2. Sekarang dah tak macam tu,
cuba bertahan dan bersabar. Kan sabar tu separuh daripada iman.
Dan yang paling penting,kepandaian memasak pertu ditingkatkan.Kata orang kalau nak
ikat hati suami kenalah pandai memasak.Air tangan isteri tu bolah buat suami asyik nak
nakan kat rumah je.Hehehehe...
Apa pun, semoga apa yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan sempurna
dengan berkat dan izinNya, Aminn....

Monday, June 2, 2008

Musim cuti sekolah VS Musim walimatul urus

Majlis Perkahwinan Zura (UPLI) dan suaminya Azman pada 1 Jun 2008
di Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor
Bertemakan coklat dan hijau...sangat menarik.
Tahniah di ucapkan kepada mereka.








Persandingan Ramly dan Norli pada 31 Mei 2008
di Parit 6B, Sg. Manik, Perak
Dengan tema ungu seluruh ahli keluarga...
Kami tumpang gembira... tahniah le kan.







Buat kedua-dua pasangan pengantin, tahniah diucapkan. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga akhir hayat. Aminnn...
Kepada bakal2 pengantin... kami sedang menantikan kad dari anda...


Wajah Nurin yang terkini






26.05.2008 Aku & Kak Wan celebrate birthday Nurin kat KFC. sebelum tu kami belikan dia kek tapi tak leh nak makan kat KFC atas sebab2 yang tertentu...
Happy Birthday Nurin Aishah