Wednesday, April 30, 2008

Semakin sibuk bulan April 2008

Bulan April ni sangat sibuk... dengan pelbagai kerja dan aktiviti sehingga takde ruangan masa nak update blog. Kena pulak selain sibuk bekerja aku juga sibuk dengan urusan peribadi.
Alhamdulillah doaku termakbul akhirnya.Bersyukur kehadrat Illahi akhirnya penantianku berakhir juga.Dalam sibuk2 uruskan hal-hal kerja aku sibuk mencari cinta... Cinta? Rasanya dah jatuh cinta sekarang ni. Dengan siapa? Buat masa ni bialah identitinya dirahsiakan.
cukuplah sekadar diberitahu bahawa hatiku telah dicuri oleh seseorang setelah sekian lama 'single and available'. Macam tak percaya je, tapi itulah hakikatnya. Atas nasihat dan bantuan rakan2 supaya aku membuka hatiku untuk menerima kehadiran insan yang bernama LELAKI. Segalanya berpunca dari nasihat Kak Wahida, thanks kak... Lin tetap ingat jasa akak.Kalau tak kerana akak, Lin mungkin masih seperti 4 tahun dulu. Kepada rakan2 lain,thanks alot,atas bantuan korang lah aku dan dia semakin akrab.
Dah lama aku tak rasa perasaan macam ni, so bila dah jadi macam ni aku jadi excited lah pulak.Buruk perangai tau... macam budak2 baru belajar bercinta je. Bila ada yang tau,aku dan dia sentiasa menjadi bahan usikan. Ada masa best ada masa malu dan ada masa tak best sebab dah tak larat nak dengar usikan mereka. Apa2 pun aku berterima kasih kat kalian sebab begitu sporting. Dia... buat biasa2 je.hehehehe...

Ok beralih kepada kesibukan kerja harian, awal bulan April bos2 ku takde diorang gi seminar di Langkawi. Aku dah ditugaskan untuk settlekan apa2 kerja yang patut. Tak lama lepastu,kami sibuk dengan Hari Politeknik. Macam2 kena buat... pening dibuatnya. Dan bila tiba hari persiapan aku turut turun padang, dah lama tak buat kerja lasak, skali hampir2 migrain jadinya. Mujur cuaca baik je time tu, jadinya urusan kami berjalan dengan lancar.
Tiba Hari Politeknik, aku bertugas menjaga gerai PUSPANITA. Walaupun tak sibuk sangat tapi cuaca yang terik membuatkan aku tak selesa. Mujur separuh hari je berpenat di gerai, aku maigrain sampai tak larat nak makan, tapi... petang nya sempat mengajak si dia keluar dating jalan2 cari makan. Walau sakit kepala, kerana dia aku sanggup melawan sakit. Tapi sayang tak dapat gi jalan jauh, dia tak sampai hati melihat aku yang tak sihat ni...
Bila sambutan Hari Politeknik selesai hari selasa baru kemas2 semula barang2.Aku tak turun sama sebab nak selesaikan kerja2 pejabat yang terbengkalai seminggu lalu. Banyak dokumen perlu diselesaikan.Dengan membantu bos dan technician lain buat kerja. Mujur ada Liza, kalau tak bebanan semakin bertambah.

Entah bila nak selesai aku pun tak tau sebab mungki bulan Mei pun akan sibuk seperti April. Harap2 aku dapat selesaikan tugas2 ku dengan sempurna,Aminn...

Wednesday, April 9, 2008

Hari Kraf Kebangsaan 2008

Kami berkesempatan untuk pergi ke Hari Kraf kebangsaan yang diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Peluang yang diberikan digunakan sepenuhnya dengan bershoping dan yang paling banyak window shoping je.. Hehehe... apa2 pun best lah. macam2 ada...

Sebenarnya belang Pn. Rabayah tu adalah bunga yang diperbuat daripada sisik ikan. Cantik tau, harga berpatutan


Kepenatan setelah berjam2 ronda2 3 khemah pameran, selain itu penat coz frust banyak benda takleh nak beli... mahal..

Seksi lah patung tu...


Persembahan yang sempat kami tengok... best gak diorang main alat mizik tradisional. Lagu yang dimainkan kebanyakannya dangdut, lagu joget dan Aspalela nyanyian saiful Apek. Best lah!!


Possing.. jangan tak possing...


Menyempat gak ni...


On the way balik... penatnya kaki.


Walaupun penat masih boleh berpossing


Kak Noriza tu dah takleh nak senyum coz keletihan berdiri lama

Yea..yea.. nak balik..





Mengimbau Kenangan di PSA

Kamsis Sentosa


Kamsis Damai


Pada 28.03.2008 aku dan Azmi ditugaskan untuk ambil salinan Carian Rasmi dan Geran PSIS kat Bangunan SUK, Shah Alam. Oleh kerana kami bertolak dari Politeknik lambat kami singgah makan di TTDI Shah Alam dan solat di Masjid PSA. Alangkah gembiranya rasa hati kerana dapat mengunjungi tempat aku menuntut ilmu 6 tahun dulu... Malangnya cuma dapat ambil pic asrama sebab kami tak lalu pintu utama. Kami masuk ikut pintu belakang.

Walau bagaimana pun aku ambil peluang untuk merakamkan sedikit kenangan buat tatapan. Kedua dua kamsis ni aku pernah jadi penghuninya. Ada banyak perubahan.. memang meriah lah. Antara perubahan yang ketara, nama kamsis pun dah berubah dari Satria jadi Sentosa, dari Delima jadi Damai. Asalnya asrama ni asrama lelaki, oleh kerana pelajar perempuan melebihi bilangan pelajar lelaki, asrama tersebut telah bertukar tempat. Dimana asrama perempuan di huni pelajar lelaki dan asrama lelaki dihuni pelajar perempuan.
Walaupun aku tak dapat tengok bekas bilik2 aku, dapat tengok blok pun dah cukup... jadilah kan. Apa2 pun PSA memang best di zaman aku menjadi warganya.

Mesyuarat Agong PUSPANITA PSIS kali ke 2 Tahun 2008 - 19.03.2008

Barisan tonggak utama PUSPANITA PSIS

Pengerusi PUSPANITA PSIS yang baru Pn. Rabayah


Skali kena jadi pengacara majlis la pulak... Apa boleh buat

Nurin Aishah 10 bulan




Tuesday, April 8, 2008

Akibat melanggar lori


Inilah dia akibat tak tengok cermin sisi dan cermin belangkang. Mujur tak pecah teruk... tapi menagis didalam hati tak siapa tahu.
Tanggal 22.03.2008 selepas 4 bulan guna kereta ni, aku dah langgar bontot lori selepas beli makanan tengah hati kat kafe asrama selepas berpenat kemas bilik stor ofis. Gara2 nak cepat sebab masa tu hujan agak lebat. Tak tengok belakang, kiri kanan, main undur je. Aku telah mencacatkan kereta sendiri... aduh!! mana nak cekau duit ni... tapi mujur sikit je jadi bawa2 lah bersabar simpan duit beli cover yang baru... RM 200... sabar ye keretaku.

Lagi gambar pertunangan Aini