Monday, October 15, 2007

Aidilfitri 1428 Hijrah / 2007 - my home Parit 4 Sh.Hj. Dorani

Ini masa budak2 dan ayah budak main mercun... tak tau la dorg kat mana.. gelap

Wajah2 keletihan selepas bergembira main mercun dan bunga api... layan tv


Wajah2 keletihan... cik Wah tu macam nak tidur je... releks le baru pukul 9.00 mlm


Tetamu yang dinanti setiap tahun. my best friend masa kat poly, Awie & Rizal. Bertandang kat rumah Lin raya ke tiga.


Senyum ada makna tu... heheheh... Awie, jgn marah ye. (ni candid camera). Thanks sudi datang beraya bawak kawan2 & tak miss walau setahun pun sejak kita berkawan (sebenarnya ada kala kena paksa datang)

Kepada semua tetamu, saudara mara dan sahabat handai yang sudi datang beraya kat rumag Lin tahun ni, Lin ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Kalau sudi datang lagi, tak yah tunggu raya pun kalau nak datang boleh sangat....

Wednesday, October 10, 2007

Gambar Kenangan

Ini classmate Lin masa tingkatan 1 ~3 kelas Anggerik tahun 1993 ~1996

Ini pulak classmate Lin masa tingkatan 4~5 tahun 1997~1998

Kenangan masa kursus kat Wang Pinang Perlis. Terpilih mewakili sekolah bagi Daerah Sabak Bernam. Yang pakai baju sekolah tu geng2 yang jadi wakil sekolah. Nama2 yang ada tu dah lupa cuma yang ingat Hasmer, Hakim,Awie, Wani, Cikgu Azman,King,Pak Selamat,Eddy,Lin dan Faizal. Kepada yang namanya tak tertera... maaf sangat sebab dah lupa nama you all.

Ini pula kenangan masa last semester kelas SMP 2000~2002. Gambar ni diambil kat depan kilang KJM,Nilai Negeri Selmbilan (kilang buat tin untuk air minuman) bersama-sama pensyarah kami En. Redza, En. Arman dan Cik Haslina (sekarang dah jadi Puan). Memang best masa ni.. yelah selama ni tau minum air tin je tak tau macam mana tin ti dibuat. Sekrang dah tau dah... Rindu la kat semua classmate, bila la agaknya dapat bertemu kembali. Harap2 satu hari nanti akan ada alumni / reunion utk kelas SMP 2000~2002.

Suasana di rumah sebelum raya...



Suasana sebelum menjelang raya... ini semua Lin punya idea, tapi abah yang buat terutama pasang pelita kat depan rumah. Lampu liplap tu Lin pasang sendiri sebab tak sabar nak tunggu abah pasangkan. (nampak serabut hehehehe...)


Menjelang Hari Raya...Aku berlagu ria...

Sedar tak sedar dah nak habis Ramadhan... rasa macam sekejap sangat bulan mulia ini. Dalam kesibukan kerja yang melambak...sampai tahap dah malas nak buat. Ada tak de sempat keluar beli barang2 persiapan nak raya. Duit keluar macam tuang air dalam longkang... laju je. Tunggu lepas raya baru sambung kerja sebab sekarang ni mood raya sedang bermain-main dihati dan minda. Huhuhuhu... Lagi2 harini... sunyi sangat ofisni. Mana taknya, Azmi, Dex's, En.Yuzha dah selamat sampai kampung. Yang tinggal Azrai, Abg Amin, Suhaimi, Megat, Saiful, En.Saaid dan Lin. Hari ni Lin last kerja, esok dah mula cuti. Tapi yelah... cuti awal masuk kerja awal. Apa nak buat kalau dah namanya orang tempatan lepastu bujang pulak. Dah tentu jadi mangsa.. tak pe,IsayaAllah dan berumah tangga nanti dapatlah bercuti lama kot. Aminn... Dalam kemeriahan menyediakan keperluan hari raya, ada ketika terkenangkan pada yang tiada. Teringat pada arwah atuk dan nenek yang dah lama meninggalkan kami... Walaupun dah lama... tetap terasa kekurangannya. Dulu.. masa mereka masih hidup, petang hari raya pertama dah sampai rumah mereka. Nak duit raya sebenarnya... Bila dikenangkan masa kecik2 dulu...bestnya.... macam nak kembali ke alam kanak2 semula. Main bunga api, mercun, pasang lampu pelita.. seronok.. Sekarang pun ada buat gak tapi perasaannya lain... tak sama.

Wednesday, October 3, 2007

Minggu yang melelahkan

Minggu ni minggu yang membuatkan Lin betul2 penat. Balik rumah je kalau boleh nak terus baring dan tido. Tapi tak boleh... kena masak gak walaupun hanya telur goreng dan sardin.
Keja yang melambak... kalau takde keja wat pe keja kan. Keja yang bertali arus,siap satu datang dua. Kena pulak sekarang ni sibuk dengan preparation nak sambut hari Konvokesyen ke2 PSIS dan audi SIRIM.Pening kepala jadinya. Tu belum lagi keja2 hakiki. Alahai.. sabar ajelah.

Minggu lepas Azie balik kampung,dah tak sabar nak berpuasa dengan family kat sini. Almaklum, masakan kat Dungun tak sama dengan air tangan mak. Apa pun dia tetap selera gak makan kat sana. Mak pulak bila Azie balik macam2 makanan special dia masak. Hmmm... kadang2 rasa cemburu gak bila adik belajar jauh2 ni dan bila balik kampung je mak masak sedap2. Time Lin dulu tak pulak macam tu, tapi yelahkan mungkin keadaan masa tu tak sama dengan sekarang. Maknanya Azie lebih bernasib baik. Apa pun Lin tetap bersyukur...

Minggu ni banyak berbuka puasa kat luar jadi duit pun banyak keluar...
Persediaan raya, Lin buat alakadar je, biskut raya beli je nak buat dah tak de masa. Kalau ada pun mungkin kek dan sedikit kuih tradisional.

Apa2 pun, di sini Lin ingin mengambil kesemapatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA yang sudi singgah ke blog ini. Kalau sudi jemput datang beraya ke rumah tapi kena call dulu lah. Lin mula kerja hari raya ke empat. Salam Aidilfitri....