Friday, March 21, 2008

Gambar kenangan semasa Majlis Pertunangan Aini & Acik






Sebenarnya gambar majlis ni ada lagi. InsyaAllah ada masa akan di 'update'. Tunggu...

Lama dah aku menyepi..

Sedar tak sedar dah nak penghujung bulan Mac. Maknanya dah lama aku tak menulis kat ruangan ni.

Macam-macam perkara terjadi sampai aku pun dah lupa... Tapi kebanyakannya suka kot.. hehehe..

Awal Mac, Aini mengakhiri zaman couplenya dengan Acik apabila mereka mengikat tali pertunangan. Meriah juga... aku antara orang yang paling gembira untuk mereka. Turn aku?? jangan ditanya.. InsyaAllah ada satu hari nanti.

Minggu lepas 11.3.08 aku, A.Amin, Suhaimi, A.Azrai dan beberapa rakan yang lain mengahdapi PTK. Untuk kali keduanya aku jumpa soalan yang agak mencabar. Soalannya macam biasa je berkaitan dengan kerja harian yang kadang kala kita tak ambil pusing. Soalan yang berkaitan dengan jawatan pulak lagilah penin... mana taknya, aku buat kerja berkaitan dengan pengurusan. Soalan pula banyak teknikal, tentu susah nak jawab. Harap apa yang pernah belajar masa kat poli dulu je. Apa pun aku berdoa agar dapat keputusan yang baik. Amin...

Petangnya balik dari exam, aku diserang sakit mata sebelah kiri untuk kali keduanya (mata gatal-gatal dan berair), kali pertama kena tahun lepas. Disebabkan tak tahan sakit, aku gi klinik Sabak Dispensari kat Sg. Besar. Doktor bagi ubat antibiotik dan ubat sapu. Aku dah bagi tau doktor tu aku alah pada eye drop dan yang sapu2 kat mata. Dia kata takpe boleh sapu. Ubat tu memang mahal, utk 6 biji pil dan lebih kurang 5 gram ubat sapu berharga RM58. Mujur bawa duit lebih, kalau tak.. mau aku tak beli ubat tu. Balik rumah makan tengah hari, aku pun sapu lah ubat tu dan makan pil. Bila ubat sapu tu dah kering aku tuam dengan tuala basah. Kira-kira 3 jam lepas tu aku tengok mata makin bengkak. Aik... ini bukan ubat untuk baikkan sakit ni ubat tambah sakit. rasa nak terkeluar biji mata ni. Bedenyut-denyut.... aduhai... tak tahan...

Esoknya, pagi-pagi lagi aku sah tercegat kat klinik kerajaan (Klinik Parit Baru). Bila tiba turn aku MA tu dah senyum... bila aku cerita kat dia terus je panggil doktor dan doktor pun belek-belek apa yang patut. Bila aku tunjuk buta yang aku makan dia pun bagi tau bahawa aku tak boleh makan ubat tu dan tak boleh sapu ubat tu di mata. Kira alahan dengan ubat antibiotik yang MAHAL tu lah... dah rugi RM58. Ubat yang aku beli tu diorang ambil buat sample untuk dirujuk pada pakar. Mereka bagi aku ubat yang lain, ubat hilangkan bengkak,dan ubat alahan dengan bayaran RM1. MA doktor tu kata kalau sakit masih berlarutan mereka akan rujuk pada pakar silap hari bulan kena bedah pulak. Takutnyerrrrr..... Lastly, 18.3.08, aku gi check lagi sekali dan Alhamdulillah... doktor kata mata aku makin baik dan tak perlu untuk rawatan lanjut untuk dirujuk pada pakar. Cumanya ubat aku yang MAHAL tu je kena dirujuk pada yang pakar untuk research. Sekarang mata dah ok, syukur sangat.