Wednesday, August 29, 2007

Kursus bersama BOMBA Sabak Bernam (29 Ogos 2007)

En. Zulkifli memberi penerangan tentang alat pemadam api

Ha... macam nilah cara-cara nak pegang alat pemadam api ni. Tengok betul-betul,kang tanya tak dapat jawab.


Cara-cara nak masak manusia. Mula-mula... curahkan minyak kedalam kuali... eh,tong dram ini.

Nyalakan api pada alat pencucuh. Ha, macam ni.

Khusuk betul si Paan ni dengar penerangan En.Zul, sambil menongkat dagu gitu.


Pelukan manja. Hahaha... diorang ni mana perasan masa Kak Iza wat 'candid camera'.

Salah satu cara memadam api. Ini gaya Adam memadam api. Macam takut je tu.

Siapa berani dekatlah kat tong tu...Panas tapi panas lagi neraka.

Ini pulak gaya Abg Sayidin memadam api

En. Zul menunjukkan cara bagaimana api merebak dari jalan raya.


Lin ke tu?? percayalah... Lin yang padam api tu.Kehkehkeh...

Ini pula cara memadam api menggunakan Hoserill. Aini tu, tukang cover dari belakang takut hos tu mencederakan Kak Fatimah.


Macam ni ye puan-puan caranya untuk memandikan kambing yang takut air... Eh, bukanlah. Inilah dia cara untuk memadamkan api menggunakan air. Kita padam guna cara menyejukkan. Pastikan nozel tersebut di 'adjust' gaya semburan bukan pancutan, supaya api tidak menyambar kearah kita. (jangan salah tafsir ye...)

Maka berakhirlah sesi praktikal kami bersama Pegawai Bomba. Banyak Ilmu yang kami dapat. Bukan mudah nak dapat ilmu ini. Terima kasih kepada En. Zaidon, En. Sabri dan En.Zulkifli kerana sudi menjadi penceramah dan tenaga pengajar sepanjang kurus ini (korang memang sporting dan best). Kepada En. Alias Aziz, maaf ye Lin memang banyak songeh, suka menjawab. apa-apa pun encik memang best. Salah silap harap dimaafkan ye. Kepada para peserta, terima kasih atas kerjasama korang. Lin sebagai urusetia sangat bergembira dan berbesar hati atas kerjasama ini. Lain kesempatan kita buat kursus macam ni lagi ye.



Monday, August 20, 2007

Nurin yang terkini...

Bila tengok Nurin membesar depan mata terasa seronok sangat. Nurin ni macam tau2 je kita nak ambil pic dia

Jenuh gak nak agah2 si Nurin ni.. kadang2 dia tak nak layan


Nurin Aishah yang comel...

Inilah dia aksi hebat Nurin apabila meniarap


Apalah agaknya yang Nurin fikirkan tu ek... bila nak besar agaknya

Hai... comel tak saya dan puting ni..??


Senyuman menggoda... Paling susah nak suruh Nurin senyum masa nak tangkap gambar


Alooo... Nurin in the house...!!! mana mama ni? dah lapar la..

Nurin Aishah tak lama lagi masuk 3 bulan. Berat badan dekat 7kg rasanya, dah semakin berat dan membersar dengan jayanya. Mama Wan pun dah naik tak larat nak dukung Nurin naik rumah tingkat 4 . Sabar ye mama... bila dah besar nanti Nurin boleh jalan sendiri.

Minggu lepas masa auntie kena maigrain, auntie balik kampung. Pastu mama Nurin sms aunitie Nurin pulak kena selesema. Kesian Nurin... hingus tak mau keluar,nafas pun sesak,Nurin nak tidur pun tak selesa. Petang ahad Nurin & mama datang rumah auntie,mama ada beli alat penyedut hingus tapi belum berjaya sedut hingus tu sebab Nurin tak suka alat tu... Huaaaaa... Nurin menangis kuat2. Biasalah baby kan...

Malam Isnin, mama Nurin berjaya sedut hingus tu... sekarang Nurin dah bertambah sihat. Sihat cepat2 ye Nurin nanti cepat besar.

21Ogos2007



Wednesday, August 15, 2007

Last day Kak Iza sebelum dia lapor diri kat PUO

Pasangan kembar tak seiras langsung

Ni bukan boria tau... kami pakai baju sama kononnya nak buat baju keja la...


Bila lagi nak manja2kan...

Kenapa buat muka masam macam tu??? Senyum sikit...


Sedih rasanya hati, namun digagahkan juga untuk melemparkan senyuman.Sebenarnya bukanlah harini Kak Iza last. Ada 2 minggu lagi. Cumanya aku dah semakin terasa. Kenapalah ada perasaan macam ni... Apa pun sudah lumrah yang bertemu pasti berpisah, yang bermula pasti berakhir. Akak jangan lupakan Lin yea...

Tuesday, August 7, 2007

Kejutan Istimewa


Dari beberapa minggu yang kami kat PSIS ni di suspenkan dengan kahbar kehadiran Audit Negara nak datang ke PSIS nak audit. macam-macam yang kami kena pastikan ada,selamat dan betul terutamanya harta modal, inventori, pergerakan barang dan sebagainya yang berkaitan dengan duit ni. Nak dijadikan cerita, last week UPP khasnya Kak Iza dikejutkan dengan satu salinan inventori barang 2007 dari En. Shamsul Bahrin (TP2). Menurut Abg Shidi, Tp2 nak maklumat tu hari Isnin 6.8.07, dah le bagi benda tu tengah hari Jumaat, masa tu Lin sorang je yang ada kat ofis belum balik lagi. Punyalah terkejut sbb banyak sangat bendanya. Sampai je rumah Lin maklumkan hal tu pada Kak Iza. Petang tu sampai maigrain dia update inventori tu.


Pepagi Isnin terus la dia hantar kat Tp2, nak tau apa TP2 cakap??? " ini salinan simpanan awak sebagai rujukan, saya punnya dah ada" Lin dapat bayangkan macam mana rupa TP2 masa cakap macam tu dan pada masa yang sama Lin dapat bayangkan macam mana rupa Kak Iza yang bengang bila dapat tau hal tu. Dah le kelam kabut dibuatnya masa cari barang nak coding. Belum lagi masalah barang tak cukup & hilang. Cukup tekanan buat Kak Iza, sabar ajelah ye kak.


Lepas tu pula, bila dah sampai masanya hari yang dikatakan ada audit tu, kitorang tengok orang lain relaks je. Bila ditanya takde audit ke? Boleh diorang jawab takde pun, pengarah tak dapat surat pun mengatakan ada audit. Ya Allah... sabarkanlah hati hambamu ini... Punyalah kami ni bertungkus lumus buat tang terbaik, rupanya surat pun takde terima lagi. tapi apa-apa pun kami cuba bersedia seadanya dengan sebaiknya. Lin berdoa semoga UPP tak kena audit masa tu. Boleh sakit teruk jika sesuatu terjadi nanti.

Nurin's family

Masa ni Nurin belum cukur kepala masih dalam pantang
Wajah Nurin semasa berambut lebat

Sekarang Nurin dah pandai meniarap sendiri walaupun usianya belum 3 bulan

Apalah agaknya yang Nurin pandang tu...

Pose comel Nurin.... dah tembam sekarang ni.

Inialh dia Mama & Abah Nurin... Keluarga Bahagia

Nurin beberapa hari selepas kelahirannya ke dunia ini


Amat, Dex's & Athirah

Gambar ini diambil semasa Amat menamatkan
perkhidmatannya di PSIS dan menyambung khidmat kat
sekolah rendah kat kampung dia. Al-Maklum... anak emak.
Dex's merupakan x-housemate Amat menunjukkan rasa
gembiranya akan ditinggalkan

Nurul Iffah Athirah Binti Mohd. Mohadir permata hati Dex's & Abby


Wednesday, August 1, 2007

Julai yang penuh duka lara...

Bagi aku, bulan Julai yang lalu aku lalui dengan penuh duka. Hm.. mana taknya, dengan tak jadi nak ehem..ehem.. Anak angkat aku Sufi Afif meninggal dunia 23.07.2007 akibat kanser otak dan yang terkini kakak kesayangan aku kat Poly ni akan meninggalkan aku sendirian di ofis UPP ni. Sedihnya...!!!
Demi keluarga Kaka Iza kena akur untuk berpindah ke Ipoh bersama suami tercintanya. Dia buat begitu demi anak2. Aku sedih,sebab lepas ni takde dah kawan nak kongsi apa saja tentang aku. Dia lah kawan aku time suka,duka,nangis,gelak... aduhai... akak,Lin sayang akak tau. Tapi tak pe Ipoh dekat je, nanti Lin ada kereta selalu Lin gi sana kot heheheh..

Bulan Kemerdekaan

Ogos merupakan bulan kemerdekaan. Tahun ni Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 50. Jubli Emas.
Apa ertinya merdeka pada diri kita? Bebas dari ancaman penjajah.Namun sedar atau tidak, jiwa dan fikiran kita tetap dijajah. Fikir2kan lah.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN YANG KE 50.
MERDEKA!! MERDEKA !!