Tuesday, August 7, 2007

Kejutan Istimewa


Dari beberapa minggu yang kami kat PSIS ni di suspenkan dengan kahbar kehadiran Audit Negara nak datang ke PSIS nak audit. macam-macam yang kami kena pastikan ada,selamat dan betul terutamanya harta modal, inventori, pergerakan barang dan sebagainya yang berkaitan dengan duit ni. Nak dijadikan cerita, last week UPP khasnya Kak Iza dikejutkan dengan satu salinan inventori barang 2007 dari En. Shamsul Bahrin (TP2). Menurut Abg Shidi, Tp2 nak maklumat tu hari Isnin 6.8.07, dah le bagi benda tu tengah hari Jumaat, masa tu Lin sorang je yang ada kat ofis belum balik lagi. Punyalah terkejut sbb banyak sangat bendanya. Sampai je rumah Lin maklumkan hal tu pada Kak Iza. Petang tu sampai maigrain dia update inventori tu.


Pepagi Isnin terus la dia hantar kat Tp2, nak tau apa TP2 cakap??? " ini salinan simpanan awak sebagai rujukan, saya punnya dah ada" Lin dapat bayangkan macam mana rupa TP2 masa cakap macam tu dan pada masa yang sama Lin dapat bayangkan macam mana rupa Kak Iza yang bengang bila dapat tau hal tu. Dah le kelam kabut dibuatnya masa cari barang nak coding. Belum lagi masalah barang tak cukup & hilang. Cukup tekanan buat Kak Iza, sabar ajelah ye kak.


Lepas tu pula, bila dah sampai masanya hari yang dikatakan ada audit tu, kitorang tengok orang lain relaks je. Bila ditanya takde audit ke? Boleh diorang jawab takde pun, pengarah tak dapat surat pun mengatakan ada audit. Ya Allah... sabarkanlah hati hambamu ini... Punyalah kami ni bertungkus lumus buat tang terbaik, rupanya surat pun takde terima lagi. tapi apa-apa pun kami cuba bersedia seadanya dengan sebaiknya. Lin berdoa semoga UPP tak kena audit masa tu. Boleh sakit teruk jika sesuatu terjadi nanti.

No comments: