Thursday, May 28, 2009

Genap 2 bulan bergelar isteri

Harini, 28.05.09 genap 2 bulan kami menjadi suami isteri. dalam waktu itu pelbagai peristiwa terjadi.Suka duka... biasalakan.
Tugas sbg isteri bukan mudah, byk perkara yang perlu ditikberatkan. Alhamdulillah, aku diberi kemudahan untuk memikul tanggungjawab itu. Perlahan-lahan aku mempelajarinya.
Dalam dua bulan ni juga, hari sabtu dan ahad kami dipenuhi dgn pelbagai aktiviti, menghadiri majlis walimah, kekebun (suami je yg g kebun),mengemas rumah yang ala2 mc stor gitu dan mcm2 la... Kini aku sedar tugas sbg isteri bukan mudah. Lagi2 bila time kena mencuci baju dan kena sediakan makanan untuk suami (kadang2 je hantar ke rmh mertua walaupun rmh kami sepelaung je jaraknye).Yang lain2 ok lah rasanya.
Suami pula, Alhamdulillah... seorang yang penyang dan ringan tulang. Nak tau bab memasak ni aku mmg kalah dengan suami. Dia mmg teror bab sup dan tom yam. Aku, stakat ikan goreng dan masak sambal tu boleh lah, dalam masa yg sama aku masih meningkatkan kemahiran memasak lebih2 lagi masak lemak cili api kegemaran suami dan keluarga mertua. Walaupun tak selalu masak menu tu, aku tetap kena praktis gak.Hehehe...
Inilh akibatnya kalau tak belajar masak masa bujang dulu.

No comments: