






Selepas je selesai majlis pertunangan Aril dan Nurul, kami pun terus naik ke Tanah Rata Cameron Hightland. Disana kami menginap satu malam di Rumah Banglo TNB. Jadilah buat tmpt berehat.
Untuk pengetahuan, inilah kali pertama aku g sana.Ala2 gak la bila sampai sana, penin2 lalat. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi ke sana walaupun jalan bengkang bengkok, aku tak mabuk. Sblm tiba di tmpt penginapan, kami berehat sebentar di Kedai Teh Bharat. Minum barang secawan teh. Setengah jam kemudian kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami.
Ptg dlm pukul 6 kami g beli belah kat tmpt org jual sayur2 dan buah2an. Tak sempat nak singgah ke ladang strawberi sebab dah petang sangat. On the way balik kami singgah di pasar malam. Punyalah payah nak dapat parking. Orang yang datang pun ramai. Dua kali pusing baru dapat parking itu pun gak jauh dari lokasi. Tapi semangat punya pasal kami gagahkan juga. Tak banyak pun yang dibeli... tapi mak dan Maklong memang shoping sakan. Amaklum first time macam kami gak. Hehehe... apa2 pun kalau ada rezeki nak datang lagi. InsyaAllah...
Esoknya kami balik, nak tau... aku mabuk da.. hm... buat malu betul.
No comments:
Post a Comment