Pada 28.03.2008 aku dan Azmi ditugaskan untuk ambil salinan Carian Rasmi dan Geran PSIS kat Bangunan SUK, Shah Alam. Oleh kerana kami bertolak dari Politeknik lambat kami singgah makan di TTDI Shah Alam dan solat di Masjid PSA. Alangkah gembiranya rasa hati kerana dapat mengunjungi tempat aku menuntut ilmu 6 tahun dulu... Malangnya cuma dapat ambil pic asrama sebab kami tak lalu pintu utama. Kami masuk ikut pintu belakang.Walau bagaimana pun aku ambil peluang untuk merakamkan sedikit kenangan buat tatapan. Kedua dua kamsis ni aku pernah jadi penghuninya. Ada banyak perubahan.. memang meriah lah. Antara perubahan yang ketara, nama kamsis pun dah berubah dari Satria jadi Sentosa, dari Delima jadi Damai. Asalnya asrama ni asrama lelaki, oleh kerana pelajar perempuan melebihi bilangan pelajar lelaki, asrama tersebut telah bertukar tempat. Dimana asrama perempuan di huni pelajar lelaki dan asrama lelaki dihuni pelajar perempuan.
Walaupun aku tak dapat tengok bekas bilik2 aku, dapat tengok blok pun dah cukup... jadilah kan. Apa2 pun PSA memang best di zaman aku menjadi warganya.



No comments:
Post a Comment