Bulan April ni sangat sibuk... dengan pelbagai kerja dan aktiviti sehingga takde ruangan masa nak update blog. Kena pulak selain sibuk bekerja aku juga sibuk dengan urusan peribadi.
Alhamdulillah doaku termakbul akhirnya.Bersyukur kehadrat Illahi akhirnya penantianku berakhir juga.Dalam sibuk2 uruskan hal-hal kerja aku sibuk mencari cinta... Cinta? Rasanya dah jatuh cinta sekarang ni. Dengan siapa? Buat masa ni bialah identitinya dirahsiakan.
cukuplah sekadar diberitahu bahawa hatiku telah dicuri oleh seseorang setelah sekian lama 'single and available'. Macam tak percaya je, tapi itulah hakikatnya. Atas nasihat dan bantuan rakan2 supaya aku membuka hatiku untuk menerima kehadiran insan yang bernama LELAKI. Segalanya berpunca dari nasihat Kak Wahida, thanks kak... Lin tetap ingat jasa akak.Kalau tak kerana akak, Lin mungkin masih seperti 4 tahun dulu. Kepada rakan2 lain,thanks alot,atas bantuan korang lah aku dan dia semakin akrab.
Dah lama aku tak rasa perasaan macam ni, so bila dah jadi macam ni aku jadi excited lah pulak.Buruk perangai tau... macam budak2 baru belajar bercinta je. Bila ada yang tau,aku dan dia sentiasa menjadi bahan usikan. Ada masa best ada masa malu dan ada masa tak best sebab dah tak larat nak dengar usikan mereka. Apa2 pun aku berterima kasih kat kalian sebab begitu sporting. Dia... buat biasa2 je.hehehehe...
Ok beralih kepada kesibukan kerja harian, awal bulan April bos2 ku takde diorang gi seminar di Langkawi. Aku dah ditugaskan untuk settlekan apa2 kerja yang patut. Tak lama lepastu,kami sibuk dengan Hari Politeknik. Macam2 kena buat... pening dibuatnya. Dan bila tiba hari persiapan aku turut turun padang, dah lama tak buat kerja lasak, skali hampir2 migrain jadinya. Mujur cuaca baik je time tu, jadinya urusan kami berjalan dengan lancar.
Tiba Hari Politeknik, aku bertugas menjaga gerai PUSPANITA. Walaupun tak sibuk sangat tapi cuaca yang terik membuatkan aku tak selesa. Mujur separuh hari je berpenat di gerai, aku maigrain sampai tak larat nak makan, tapi... petang nya sempat mengajak si dia keluar dating jalan2 cari makan. Walau sakit kepala, kerana dia aku sanggup melawan sakit. Tapi sayang tak dapat gi jalan jauh, dia tak sampai hati melihat aku yang tak sihat ni...
Bila sambutan Hari Politeknik selesai hari selasa baru kemas2 semula barang2.Aku tak turun sama sebab nak selesaikan kerja2 pejabat yang terbengkalai seminggu lalu. Banyak dokumen perlu diselesaikan.Dengan membantu bos dan technician lain buat kerja. Mujur ada Liza, kalau tak bebanan semakin bertambah.
Entah bila nak selesai aku pun tak tau sebab mungki bulan Mei pun akan sibuk seperti April. Harap2 aku dapat selesaikan tugas2 ku dengan sempurna,Aminn...
No comments:
Post a Comment